10 November 2009

19 tahun yang lalu

sekejap jer masa berlalu. 19 tahun yg lalu 10 november 1990 aku dilahirkan. sedar tak sedar dah besar pun sekarang. terima kasih aku ucapkan pada mak dan ayah sebab besarkan aku. didik aku, berikan kasih sayang yang aku rasa cukup cuma kadang-kadang tu aku sendiri yang rasa alone. adatlah kan aku kan ada adik beradik yang lain.

sempena umur aku meningkat lagi setahun ni [lagi satu jer nak aku tinggalkan umur belasan] aku berharap aku akan menjadi:

-seorang yang matang dlm kelaku
-nak belajar betul2 taknak main2 sgt
-jadi anak yg baik
-jadi kawan yang baik
-jadi adik dan abg yang baik
-semua yg baik-baik jer ler

makin meningkat umur aku sedar makin dekat dgn mati. cukup ker tak amalan aku. kat sini pun aku kena ubah. bila dah jauh dgn family ni kdg2 leka tu lebih sikit. sekarang uban kat rambut makin banyak cuba bayangkan nanti lagi 10 tahun which mean aku 29 tahun mesti dah putih rambut aku. camne ni ek??? malu ar umur muda tapi uban dah banyak.

aku ucapkan terima kasih kat semua yang wish hepi birthday untuk aku. sebenarnya kat facebook lagi ler awal org wish. mana taknye tersalah setting birthday date 10 november aku tertukar jadi 2 november. bertalu-talu org wish waktu tarikh 2 november tu. segan aku dibuatnye.

org-org yang wish aku
-mak dan ayah-sms.
-apek shahrin-call aku 12.03 minit
-safwan n apak-siap nyanyi lagi terharu dibuatnya.
-agi-wish kat facebook
-papa stool-wish kat facebook
-senior becker-wish kat facebook
-lilo-wish kat facebook
-yot-wish kat facebook
-anis mirza-wish akt facebook
-jeff-wish kat facebook
-lea shariff wanita camera-wish kat facebook
-classmate anis-sms
-adik aku-sms
-kakak aku-sms
-abg arip-sms
-abg hafiz-sms
-cik dah-sms

ramai lagi yang wish birthday aku cuma aku terlupa sape lagi. nanti aku update lagi list tu. kiranya ni kali kedua aku tak sambut birthday kat rumah. tahun lepas kat hostel smk raja pemaisuri bainun, lepas jer shooting video konsert orkestra sedar tak sedar bithday aku dah. tahun ni plak kat uitm pastu aku tidur awal plak tu sebab rasa ngantuk sgt.

bersempena birthday kali ni handphone nokia 3120classic aku terjatuh ke bawah hostel pastu kena air hujan. sampai skrg tak boleh on lagi. skrg aku tgh jemur bagi litar kering sebab roomate aku cakap kena buat camtu.

rasa macam nak mkn carrot cake plak. nanti balik perak ler aku cari carrot cake tu. skrg tgh layan lagu 'kau tigakan cinta' ntah band mana punya lagi tak best ar...

-titik-

6 November 2009

pengkalan balak

dua hari lepas aku makan tengahari kat Alor Gajah pastu kena paksa pergi hospital ambik ubat sebab aku gatal2 badan. dan tak dirancang aku, fize, azril ngan zainal pergi pengkalan balak. konon-konon nak tgk laut sebelum cuti semester sebulan bermula 13 november ni. kat sana ambik-ambik gambar sikit sebab azril nak upload gambar kat facebook. best cuaca time tu tak panas sgt. redup jer, langit pun biru jer. mmg aku suka ler cuaca mcm tu. duduk kat sana sampai pukul 6.30 sambil borak-borak. borak pasal subjek photo next sem. huh sem ni belum habis dah fikir pasal sem depan hehehe...

ni ada satu gambar yg aku dah snap dan edit sikit color+crop. waktu ni guna nikon D60. first time guna nikon sebelum ni aku selalu guna canon abg arip. terkial-kial gak ar nak adjust aperture ngan shutter speed. display menu pun lain skit. gambar-gambar lain nanti aku upload waktu cuti.

doakan untuk aku mudah menjawap paper CTU 151 petang ni.

1 November 2009

khamis lepas dah mula final exam semester ni.
paper BEL 260 dah lepas.
aku gusar fikirkan paper BEL ni.
banyak jugak yang aku buat silap
lepas habis paper rasa tak yakin tu makin kuat
tak macam last sem.
aku yakin TAPI sekarang tak lagi.
aku dpt rasakan result aku
tak mungkin macam semester lepas.
Aku berdosa sebab hancurkan harapan mak
yang nak tgk aku maintain kan 3.00++ tu
dah ler angan-angan untuk anugerah naib cancelor hancur lebur.
Anugerah dekan pun belum tentu lagi.
aku tak tahu kenapa semester ni writing aku makin teruk. semua sampah.
dah usaha untuk menulis dengan baik tapi tak boleh juga.
3 paper lagi untuk habiskan semester ni.
pastu boleh balik untuk bercuti.
yang pasti aku tak rasa nak balik.
tapi takkan nak duduk uitm plak kan.
biarlah...

25 October 2009

lega


ni ler advert aku tu. yang aku buat dengan zura. best group dgn ko.

ni plak newsletter aku yang submit sebelum balik raya hari tu.
Alhamdullilah dan lega sangat sebab semua assignment dah hantar. Dua minggu aku mcm tak betul. dari minggu lepas pergi KL tu sampailah minggu ni.

hidup mula sesak bila time buat report Human Comm-SENIORTY ENVIRONMENT. macam-macam kisah tapi group aku berjaya siapkan report tu. skrg tunggu brape markah dari miss farha. hopefully dapat macam sociology last sem. cuma waktu presentation human comm aku blur dan taktau nak cakap apa. sib baik kawan cover tapi yang aku tau markah untuk indivindual aku rendah ler.

Seterusnya buat print ad untuk writing for mass media. group with zura@kak jah. kelas aku kena buat print ad bertemakan kempen dan target market bebas. group aku buat kempen save energy. group jeff buat campaign abortion, azril-Safe sex, cheroi-women abusement, aku rasa ok ler aku buat advert ni sebab aku mana reti pakai ilustrator apa ke jadah nye lagi. lagi plak photoshop dlm laptop aku ni dah expired. buat siap kena ada copy platform lagi.

pastu minggu ni plak hectic buat mass media. selasa buat presentation untuk mass media rabu khamis tu plak siapkan report tentang -The Evolution of Film Industry in Malaysia. ok ler cuma hari khamis tu aku tak mandi dari pagi sampai tengahari. then tengahari balik bilik jap sebab mlm sebelum tu overnight buat kerja. pasut rushing pergi Epoint ambik makanan untuk farewell party ngan madam lela. penat sangat ptg tu dan malamnya aku tidur selena-lenanya.

hari jumaat tu bangun teman azril jumpa madam hajar tapi aku duk luar bilik jer pastu pergi sembahyang jumaat kat masjid alor gajah. Best ler sembahyang kat situ. then study untuk final test Public speaking. Alhamdullilah aku dapat jwp semua soalan essay tapi guna ayat aku sendiri tak ikut ayat buku pun.

semalam pepagi ada test writing for mass media. hurm.. boleh buat tapi taktau ler dapat markah tinggi atau tak.

ni jadual final exam semester ni

29 October 0900-1200: BEL 260
06 NOV 0900-1200:CTU 151
08 NOV 0900-1200:COM 164
12 NOV 0900-1200:COM 161

doakan kejayaan aku ek untuk semester ni. nak study betul-betul final ni sampaikan aku sanggup tak balik rumah cuti 5 hari ni sebab nak study. doakan ek.

23 October 2009

mesra pelanggan hanya satu tagline

sekarang putaran otak aku dah ok sikit sebab assignment semua dah hantar. gigih dari minggu lepas tidur tak lena, celik mata terus fikirkan assignment.

kadang-kadang kalau buat kerja dlm uitm ni aku mulalah mengantuk bagai pastu terlelap atas katil yang best tu. kalau kat library plak tak boleh stay lepas pukul 12 then azril ajak buat kerja mcd. berjaya ek ko bawak aku overnight. hampeh.

teruslah perjalanan ke Mcd 24h kat DP tapi ramai org. rasa macam rugi jer tapi takpe sebab dpt tangkap gambar org shooting drama, syed aiman pelakonnye so dpt masukkan dlm report. teruskan perjalanan ke McD Ayer Keroh. lantak ler sebab bukan aku yg bawak kete. stay kat sana sampai pukul 6 pagi camtu.

azril ckp nak bawak breakfast kat area bukit cina. aku follow jer sebab pukul 8 nak pergi tesco. kat sana aku, azril, fize order menu berikut:

azril-roti canai kosong+nescafe o
fize- nasi lemak bungkus+roti double+air kosong
aku-roti double+tea o ais.

ok ler makan kat situ. boleh masuk tekak ni

part paling hamoeh nak membayar. pakcik kaunter kedai tu kasar nak mampus. bajet aku tak mampu nak bayar duit makan jer. kurang ajar dowh. macam tak boleh cakap leklok jer. dua ringgit dua ringgit. giler ar pakcik tu. dah ler muka psyco giler. mmg org kata org melaka ni kasar tapi sebelum ni rilex jer aku jumpa memana org melaka. mesra dan ramah jer tapi ni ler seorang yang mmg nak kena pukul. terkejut aku azril n fize pasal pakcik ni. sabar jer ler. dlm kete duk gelak kan pakcik tu jer.

mmg aku senarai hitamkan kedai pakcik tu. dah ler kuah kari agak masam.

lupa plak nak ambik gambar kat kedai tu.

16 October 2009

Perjelasan-keadilan

jap aku flash back entry yang bertajuk "ada lagi ker?"
"aku baru baca blog erviena. macam tak sangka jer still ada lagi diskriminasi form six kat bainun. kesian plak aku dengan kawan-kawan aku yang kat sana. aku harap diorg kuat untuk lawan semua tu. sikit jer lagi hangpa kena kuat. pasni kita semua jumpa ek. nanti hari khamis aku balik perak cadang nak pergi sekolah kejap. kita jumpa ek."

ni tu bertarikh 14 september 2009. aku update entry tu lepas baca beberapa blog budak form six kat bainun. tujuan aku update entry tu cuma untuk tunjukkan simpati aku pada budak form six dan bagi semangat. takde lansung niat untuk provok sesiapa. cuba baca balik entry tu. takde lansung kan? tetapi pada 12 october 2009 pada entry tu aku terima satu komen dari seseorang yang menggunakan "anonymous".
ini komen pertama dia,

ah formsix menyibuk je.. menyusahkan org je..hahaha.. takde korg pun kitorg leh idup la..hahaha

1:53 PM, October 12, 2009
.
seterusnya aku berbalas komen dengan dia. ini adalah rekod komen2 dia

dan tak pulak aku sangka macam mana budak form six yang lain tau benda ni jadi kat blog aku. masing-masing mempertahan hak. dan aku maklumkan pada erviena. skrg erviena dah memberi komen berdasarkan apa yang dia belajar.

pada pendapat readers blog aku kan. sapa serang sapa dulu?

aku rasa sepanjang aku duduk kat bainun au takde cari masalah dengan sesiapa pun. takde gaduh pun. i'm trying to be nice with the other. sampai aku tak bagi student form lain panggil aku abang supaya takde rasa jurang kat situ. tapi bila jadi macam ni agak kecewa ler jugak.

Aku sayang sekolah-sekolah aku. aku sayang smkda, aku sayang bainun tapi bila ni terjadi aku macam agak tak faham situasi sekolah bainun. mmg aku akui kehadiran form six kat bainun tak dialu-alukan. pelajar-pelajar pun ada yang tak alu-alukan cikgu-cikgu pun ada. adakah peribahasa melayu lama patut digunakan di sini?

yang aku musykil kalau form six tak disukai kat sekolah tu, kenapa masih membuka kelas tingkatan enam kat situ? kenapa masih membuat promosi di sekolah-sekolah lain tentang adanya kelas tingkatan enam kat sekolah bainun? atas arahan jabatankah? aku sangat perlukan perjelasan daripada cikgu-cikgu bainun ataupun Pengetua sekolah bainun sendiri.

secara umumnya aku berpendapat kehadiran kami tingkatan enam pada tahun lepas ke sekolah bainun cuma dengan satu niat iaitu untuk belajar dan mengambil STPM sebagai tiket untuk ke universiti bukan niat untuk merampas jawatan-jawatan pelajar yang lain, bukan niat untuk membuat otai kat sana. aku rasa takde yang bernait begitu. tanyalah pada yang masih ada di sana.

sekarang yang aku perlukan perjelasan. maaf kalau aku mengunakan "aku".

9 October 2009

ketika cinta bertasbih

semalam duk merayau kat youtube. sekali terjumpa trailer filem Ketika Cinta Bertasbih. macam best filem ni. kalau dulu aku dah minat dengan ayat-ayat cinta, sekarang duk minat ketika cinta bertasbih.

yang best melly goeslow ada buat ost filem ni. sah-sah ler lagu aku minat sebab karya melly goeslow tak pernah lagi buat aku bosan untuk mendengar. aku kira novelnya pasti lagi menarik seperti novel ayat-ayat cinta kerana penulisnya sama iaitu Habiburrahman al-shirozy.

8 October 2009

kalau nak diikutkan banyak entry nak masuk untuk kali ni. tapi aku malas nak upload gambar walau sudah di resizekan.

entry yang bakal mendatang:
On Air
1 2 3 Action Cut!!
!

rasa untuk bersantai tu sangat menebal skrg ni. nak oergi cameron highland. duduk tepi ladang teh tu sambil tgh muzik, sambil ambik gambar dan tak ramai org yang ada. aku boleh mengelamun, berfikir, merancang. aku impikan tempat yang hijau, air yang mengalir, angin yang bertiup, suhu yang sejuk. Bukit larut pun ok kan, rindu kat taiping pun ada ni. last pergi waktu ambik ajak nak pergi beraya. mak!!!!!!!!!!!! mie nak balik rumah!!!!!!!!!