Pages

27 December 2010

tak salah lelaki memasak (pizza)

sos tu aku campur mayo+sos tomato+sos cili. aku letak sikit daun saderi kat atas *konon nak nampak kontra

melting in the oven not on your hand.

untuk cheese aku pakai cheesedale jer sebab takde mozarela.. cheesedale tu aku gunting kecik-kecik.

tertebal pulak base.. lain kali buat kena nipis sikit.


puas gilo makannya hahaha..

Assalamualaikum!!!!
Nampaknya "Tak salah lelaki memasak ni" dah masuk edisi yang ketiga... semua pulak projek time cuti semester ni. Nampak sangat aku bosan duduk rumah kan. Ayah duk bising aku taknak lansung ikut pergi kebun hehehe.. sorry ayah.

Oklah projek aku hari ni adalah buat pizza. Adunan pizza aku ambil dari blogger terkenal iaitu cik pnut aka wenco.. Aku ikut adunan pizza tu jer.. topping aku ubah ler sebab bahan bukannya cukup pun kat rumah aku ni. Orang pakai daging kisar aku pakai daging burger.. Orang letak rosemarry aku letak lada hitam sesedap rasa. Nak uli tepung bukannya susah sangat pun bak kata wenco pnut setakat 500gram tepung tu uli pakai tangan jer.. Tambah-tambah aku lelaki takkan ler tak boleh uli tepung tu.

Adunan base pizza ni macam ni betul-betul aku ikut cara yang wenco pnut pakai dalam entry ni. Aku ubah tang topping tu. aku tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam tumbuk sampai naik bau pastu aku letak daging burger hancur. aku letak sikit sos lada hitam dan sos cili. Nak letak mixed vegetable tu pun boleh.

Aku rasa ni kot projek terakhir aku waktu cuti ni lagipun rabu ni aku dah nak balik melaka. Balik awal sikit sebab nak uruskan hal motor dengan kemas rumah sewa. Tunggu nantilah projek kat rumah sewa pulak hahaha.. Nanti kita bercakap tentang azam tahun baru yer...

24 December 2010

bergambar di hometown



try buat highkey tapi rasanya macam tak jadi.. kena banyak pemahaman lagi ni

Lama jugak aku tak update blog ni. Alasan biasa blogger lain bagi adalah atas sebab kesibukan jadi aku nak pakai alasan tu jugak ler hahaha... Oklah kali ni aku letak sikit gambar kawan aku ni. Aku siap paksa si asri ni bangun awal padan muka hang asri...!!! Cadangnya nak dapatkan langit yang cantik ker cuaca yang best ker sekali rupanya hujan. Gambar pun dapat ambil sikit jer. Aku belajar satu perkara yang penting dalam hidup "kita hanya mampu merancang tapi Allah swt berkuasa menentukan segalanya". Ingat ni sampai mati sebab penting dalam hidup kita.

Aku sebenar nak upload lagi gambar 'pusing cameron' dan 'from taiping with friendship' tapi rasa macam terlalu lama dah gambar tu terperuk dan aku rasa macam dah basi jer gambar tu. Takpelah Insyallah sebelum aku balik melaka minggu depan aku upload gambar-gambar tu.

owhh... cepatlah pc fair tak sabar nak beli external hard disk sbb hdd laptop dah nak penuh.

11 December 2010

orang kata

orang kata,
bodohlah kau.
orang kata,
asyik sangat berkawan lupa keluarga
orang kata,
berhiburlah sampai lupa
orang kata,
tak kemanalah kau
tapi
aku kata,
saya akui saya bodoh
aku kata,
dalam hati dan otak 'family comes first"
aku kata,
aku tahu had dan batasnya
aku kata,
insyaallah kesana jua aku.

susah nak puaskan hati orang lain. takpelah dah biasa dah.

10 December 2010

Alhamdullilah syukur padaNya


Assalamualaikum.
Aku mulakan pagi hari ni dengan senyuman =)

Hurm.. dari part one aku aim nak Dean List (DL) kononnnya tapi haram tak dapat pun dari part one sampai part three. Alhamdullilah untuk part four ni aku dapat DL. Bukan niat nak riak atau apa pun cuma aku anggap ni salah satu kejayaan dalam hidup aku sepanjang 20 tahun ni kira boleh ler hadiah birthday yang lepas tu. Aku tau mesti ada orang cakap 'ala kecoh lar najmi orang lain dah selalu dapat DL, kau baru dapat sekali kecoh sekampung" hehehe.. biaq pi ler orang nak cakap apa pun janji aku tau niat aku letak result aku kat sini.

Sekurang-kurangnya aku nampak usaha aku berbaloi selama ni. hurm.. duit toksah cakap banyak jugak habis. masa pun sama. Hujung-hujung time buat assignment masa tidur kena korban. Pastu aku happy bila aku bagitau result aku kat mak. sekurang-kurangnya aku boleh buat mak dan ayah rasa gembira sikit.

Aku faham ada yang dapat elok ada yang tak. Tak payah pergi jauh dekat aku ni pun ada. Takpe kita jalan perlahan-perlahan Insyaallah nanti sampai masa yang sesuai kita boleh berlari sekurang-kurangnya bila jatuh tak sakit sangat.

Dengan ni boleh naikkan semangat aku lebih lagi untuk dua semester lagi sebelum habis diploma ni. Harap-harap dua semester lagi ni dapat jugak DL. Baru cantik sikit CGPA aku.

Sebelum terlupa, Aku nak ucapkan terima kasih pada:

-Mak ayah aku (Pn Salmiah & En Yusof)
-Family
-Lecturer FKPM
-Classmate DMC4D
-Groupmate aku (Ceroi, kak jah, fize, ghafar, soba, azril, waniey, jeff)
-Kawan-kawan semua.
-Buku Prima Sdn Bhd.

Semua ni berkat doa hangpa semua jugak. Alhamdullilah meh kita doa kejayaan kita semua dunia dan akhirat.

9 December 2010

cemerlang? baik? teruk?

Assalamualaikum.
Hurm... mungkin entry ni lebih kurang lepas perasaan kot. Sekarang status kat facebook hampir semuanya pasal result exam semester ni. Ada dah yang dapat check result pagi tadi. Aku pulak pagi tadi tak berkesempatan nak check. takpelah yang official keluarnya esok.

Result aku semester ni? Risau pun ada.. risau sebab ada beberapa paper yang aku rasa tak bagus pun aku jawap. Tambah-tambah modern issues. Salah aku jugak kot dah tau nak exam boleh lagi sempat pergi lepak tepi pantai pagi-pagi hari.

Aku ingat lagi azam aku waktu awal masuk uitm dulu " I must get Dean List EVERY semester". kononnya nak grad dengan ANC tapi hampeh waktu part one dah silap perhitungan. Pointer tak cukup pun nak DL. Part two jatuh teruk. Alhamdullilah Part 3 pointer aku naik cuma sikit lagi nak DL tapi nak kata apa usaha aku takat tu jer. Siapa tak teringn nak dapat DL untuk setiap semester? Sijil DL tu ler yang aku nak sangat ada nama aku. Dah dua kali majlis Anugerah Dekan aku kat bawah ambik gambar kawan-kawan. takpelah tumpang rasa gembira depa. *ceh ayat pujuk hati jer

Aku harap semester ni result aku taklah teruk sangat... aku harap sangat-sangat. Kalau result yang aku check esok dapat puaskan hati aku dapatlah aku beli hadiah untuk diri sendiri. Aku nak sangat buku "A picture is worth a thousand words" tapi tu pun kalau dapat result yang eloklah.. Kalau aku tak puas hati dengan result esok memang tak dapatlah beli buku tu.

p/s: esok kalau elok aku update result aku.

8 December 2010

tak salah lelaki memasak (kuih cara manis)





          Kuih cara ni salah satu favorite aku jugak waktu bulan puasa. tambah-tambah kalau dah simpan dalam peti ais. Hahaha.. pagi tadi bangun pagi jer teringin pulak makan kuih cara. Nak beli kat kedai macam tak puas jer makan. Yer ler RM1 dapat tiga ketul jer. mana ler nak puas makan. Dek sebab tu aku google jer resepi kat . tak silap aku pakai resepi dari myresepi.com. Senang jer nak buat bukan susah pun cuma aku gandakan resepi jer dan tambah esen vanilla pastu mak suruh aku blend adunan tu sebab nak bagi halus. Jenuh aku selongkar rumah opah ndak tadi cari acuan kuih bahulu.. alih-alih dapat pelbagai bentuk tu pasal dalam gambar macam-macam bentuk ada. Kesimpulannya, setakat kuih senang macam ni buat jerlah kat rumah.. bagi aku takde ler susah mana sangat pun buat kuih ni. hehehe.. =)

p/s: kenyang aku pagi ni dengan kuih cara ni esok nak buat lagilah

2 December 2010

Warna warni dan Segar di cameron


Orked ker??? rasanya bukan kot

cantik tapi tajam
aku macam suka pulak ambil gambar water droplets ni he3..


benda ni sebenarnya ulat tapi pandai sembunyikan diri 

bunga kecik tapi comel

lagi binatang comel hahaha


sepatutnya gambar lebah tapi dah takde so lalat pun bolehlah


Sungai Palas tea Boh Centre
    
      Trip pusing cameron kali ni aku duk excited ambil gambar bunga jer banyak. Hahaha.. serius aku suka gila sebab dapat tengok bunga warna warni kat cameron ni. Semua nampak segar pulak tu... tapi aku tak beli sekuntum pun bunga bawak balik sebab aku tau bila sampai rumah mesti dah layu jadi lebih baik aku ambil gambar jer.. hahaha... Gambar-gambar lain esok aku upload lagi tapi serius banyak gambar kawan-kawan aku jer even gambar aku pun sikit jer sebab aku lagi selesa jadi orang belakang camera=)

tak salah lelaki memasak


          Selalunya orang selalu kaitkan memasak dengan kaum wanita tapi aku rasa tak salah kalau lelaki pun tahu macam mana nak masak. lauk simple-simple pun takpe asalkan waktu hidup kat rumah bujang taklah tiap-tiap hari makan lauk kedai. Lagipun kalau masak sendiri ni kita tahu apa yang kita letak dalam makanan tu dan boleh ikut selera sendiri. Nak pedas ker nak masin ker nak masam ker... ikut jer tekak sendiri. 

          Waktu cuti semester nilah aku sempat jugak nak masak lagipun boleh jugak tolong mak aku kan. Yer ler rehat pukul 1 pastu kena masuk kerja balik pukul 2 dah tu dalam penat-penat mak aku kena masak pulak untuk rumah kan... sementara aku ada ni bolehlah tolong sikit mana yang patut. Masak lauk simple jer kalau dah tahap masak rendang apa semua tu aku surrender ler lainlah kalau rendang instant hahaha...

Lauk makan tengahari ni aku masak:
1. Sayur lodeh
2. Baby kailan tumis
3. Ikan rebus goreng garing.

          Macam aku cakap tadi lauk simple jer.. asal boleh makan sudahlah. hahaha.. ntah sedap ker tak ni tapi kalau ikut tekak aku macam dah ok jer.. 

p/s: ingat nanti nak buatlah satu lightbox (kalau tak salah aku ler).. boleh ambik gambar makanan banyak-banyak hehehe...


from taiping with friendship

vna+zalikha=kawan baik dunia akhirat

tunggulah lain kali pegi taiping aku nak curi bear berat tu


          Hari tu waktu dalam mood exam lagi dua orang taiping ni dah post wall kat facebook aku. Ingatkan nak belanja aku makan ker nak bagi hadiah bithday ker tapi rupa-rupanya mintak tolong aku ambilkan gambar diaorang. hahaha... aku waktu tu tak confirm lagi sebab cadang nak buat part time tapi setelah permohonan tak berjaya aku pun setuju jer ler nak ambilkan gambar diaorang. Senang jer nak arrange masa dan tarikh dengan diorang berdua ni cuma aku jer kena ke taiping. Itu takde hal sebab aku memang suka pun ke taiping. Suasana kat taiping tu yang bagi aku tenang dan redup jer. Hahaha aku cakap ni macam tak pernah jer pegi taiping padahal selalu jer pastu dekat pulak tu. Oklah aku upload dulu dua keping gambar ni. gambar yang lain tak tengok pun lagi. gambar ni pun aku pilih randomly jer dari folder tu.

         Cerita waktu ambik gambar ni semua ok jer. tapi yang paling best ada orang tu belanja minum cendol famous yang aku pulak tibai makan pasembor kat kedai tu. hahaha thanks zalik. Anyway thanks a lot untuk zalik dan vna sebab bagi aku novel yang jenuh aku mencari sebelum ni.

          Owh... ada orang duk tanya kenapa aku duk ambik gambar free jer... Dulu tolong ambik gambar wedding pun aku charge murah giler. hurm... jawapannya sebab aku nak belajar pasal photography ni pastu nak masuk class atau workshop mana-mana tak mampu pulak tu. so camni ler cara aku belajar selain baca majalah dan kat internet. Nak charge orang mahal-mahal risau pulak aku, risau buatnya orang tu nanti tak puas hati dengan gambar yang aku ambil jadi takpelah buat masa ni kalau aku charge pun murah-murah jer yang penting aku dapat belajar =).

p/s: gambar cameron dan kenduri classmate pun tak beredit lagi.