Pages

16 May 2011

Sang Guru


Cewah!!! Tajuk macam filem 'Sang Pemimpi' pulak hahaha. Hari ni kata ganti diri nama yang akan digunakan adalah saya untuk mengelakkan struktur ayat menjadi kurang ajar pulak =) 

Okay bersempena kesempatan ini saya Mohd Khairul Najmi ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu saya :

-Tadika Kemas Bunga Raya 1996
-SK Bukit Balai Lenggong 1997-2002
-SMK Dato' Ahmad Lenggong 2003-2007
-SMK Permaisuri Bainun May 2008-November 2008

dan tak dilupakan pensyarah-pensyarah UiTM KAG. Serta cikgu-cikgu di MALAYSIA. 

Jasa dan tunjuk ajar kalian tak dapat saya balas sampai akhir hayat. TERIMA KASIH CIKGU, TEACHER, USTAZ, USTAZAH, MISS, SIR. 

ok kembali ke kata ganti diri 'aku'.

Sepanjang zaman sekolah aku bukanlah seorang murid yang pandai pun. Sekolah rendah pernah masuk kelas hujung dan naik sekolah menengah walaupun aku kelas rancangan khas keputusan exam taklah boleh dibanggakan. Cuma satu yang aku sedar lepas habis SPM iaitu cikgu-cikgu kita ni tak pernah jemu mengajar dan mendidik. Masuk pulak tingkatan enam aku nampak yang cikgu-cikgu di sana selalu memberi semangat untuk kami supaya tak putus asa dengan keputusan SPM. Bila kat UiTM pulak pensyarah-pensyarah pun best, kalau aku ada masalah pasal assignment ataupun subjek tu sendiri bilik diorang sentiasa terbuka tapi call lar dulu lecturer tu. Tak aku lupakan cikgu pertama dalam hidup aku iaitu mak ayah aku sendiri yang sentiasa sabar dalam mendidik dan membesarkan aku. Terima kasih mak ayah.

Insyaallah aku tak lupa cikgu-cikgu. tak percaya cuba tanya nama diorang mesti aku ingat lagi. =)

0 komen: