Pages

9 May 2011

Take five!!!


Yeah!!!! Tora datang lagi!!! hahaha takdaklah ini bukan iklan mainan kotak cuma cuti semester datang lagi. Aku rasa cuti semester kali ni yang paling aku tunggu setelah berhempas pulas, bertarik muka, maki memaki, suka riang sepanjang part five ni. Sebenarnya banyak yang terjadi waktu part five ni dan kononnya habis jer part five menandakan secara tidak rasmi dah grad sebab next semester relax kot. Satu kelas jer seminggu. Meh ler aku buat point apa yang telah terjadi sepanjang part five ni:

1. Mula hidup baru kat rumah sewa.
2. MC110 5D kena organize islamic fashion show~nanti aku buat entry pasal ni
3. Hal The Medium dan first time ada masalah dengan lecturer~ni pun sama akan ada entry
4. Jumpa Dato Sahol!!! Beliau sangat baik
5. Shooting Music video bersama group. Best tapi penat jer ler.
6. Belajar buat flash.. serius aku tak pandai dan tak kreatif buat flash. inferior giler waktu presentation.
7. Hahaha tiba-tiba hati macam terpaut kat seseorang
8. Melalui tahap sengkek yang sampai korek tabung.
9. Exam paling susah aku rasa waktu semester ni ler.
10. Dekat nak hujung sem ada konflik pulak antara classmate =|
11. Lecturer economy last sem belanja makan besar =)

Setakat ni jer yang aku ingat apa yang terjadi walaupun banyak sebenarnya. Takpalah nanti kalau ada aku update lagi. Apa aku buat cuti semester ni??? Duduk rumah jer tolong mak ayah, tolong buat assignment makcik aku dan kadang-kadang ikut ayah tolong bersihkan kebun. Nak cari kerja pun cuti tak sampai sebulan dan aku nak start buat part time bila bukak semester baru ni. Ada sesiapa tahu part time job kat melaka? tolonglah inform aku...