14 June 2011
Bergambar lagi kata mereka.
Dah lama rasanya tak upload gambar kat sini. Sebenarnya aku pun dah jarang guna camera aku tu kadang tu duk ler tersimpan dalam beg cuma ada masa aku bawa keluar kasi 'dia' hirup udara segar sikit hahaha.. Ok gambar kali ni aku ambil dekat Bukit Chandan (rumah lama sebelah masjid Ubudiah), belakang Kolej Komuniti Kuala Kangsar dan juga Karai (victoria bridge dan belakang kedai pekan Karai).
Aku memang suka tempat-tempat macam ni. Tempat yang nampak lama dan ada elemen klasik. Tu sebab kalau pergi mana-mana aku suka tengok bangunan yang macam ni. Walaupun bangunan tu hanya kedai buruk yang daun tingkap dah terkopak tapi yang tu ler aku suka. Nanti cuti aku teringin nak pergi ambil gambar dekat Warisan Kapal Korek yang dekat dengan Kellie Castle. Cuma satu jer ler yang risau duk ambil gambar kat tempat macam ni, risau ada entiti yang entah apa-apa tu.
Gambar-gambar kali ni 'model-model'nya adalah kawan-kawan sekolah aku jer. Aku ambil gambar kali ni pun atas permintaan Effa (model perempuan tu) sebab nak buat gambar portfolio katanya. Aku tak sabar nak ambil gambar semua collection dia akhir tahun ni sebab dia ni budak course fashion. Tak dilupakan terima kasih pada Ali dan Asri sebab tolong pegangkan reflector waktu tengah aku ambil gambar. hahaha.. sebenarnya bukanlah reflector yang betul pun aku cuma gunakan penghadang cahaya kereta yang warna silver tu. Murah jer aku beli RM2.90 kat supermarket.
Ini adalah entry pertama sejak dah mula final semester ni. Batch event buatkan aku takut.
Labels:
Bukit Chandan,
Karai,
Khairul Najmi,
Kuala Kangsar,
Victoria Bridge
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










5 komen:
fine... x pernah nak amek gamba ak... =(
=(
anon- eh jgn kata macam tu.. kalau ada masa dan waktu yang sesuai boleh jer nak aku ambilkan gambar. takdak hal punya... btw sapa ni??? he3..
Terbaik la jimmy. yg pic atas sekali tu mmg paling superb. suka gila gambar yg atas sekali tu ;)
TQ zalik sbb support aku yang tgh blajar lagi ni. ha3.. equipment aku tak cukup lagi nak buat gambar lagi best. Insyaallah one fine day aku ambik gambar yang lagi best eh. doakan aku.
Perghhh...cantiknya gambar! =))
Post a Comment