![]() |
| Pulang kerja: Kuala Sungai Baru |
Semalam semua orang heboh pasal Gerhana bulan. Aku dapat jugak tengok cuma tak ambik gambar pun sebab camera tertinggal kat rumah sampaikan mak call tanya kenapa tinggal camera kat rumah. Takpa mak 2014 nanti kalau panjang umur anak mak ni ambil gambar banyak-banyak.
Rezeki kat bumi Allah swt ni memang banyak kan dan tak terkira. Itu salah satu nikmat Dia pada kita hambaNya. Sebenarnya aku nak cerita pasal kerja. Aku sebenarnya dah jenuh mencari kerja kat Ipoh. Dah macam-macam kerja yang aku minta tapi mungkin bukan rezeki aku, tak dapat pun kerja-kerja yang aku minta tu. Ada kawan tanya kenapa taknak kerja luar dari Perak, aku bukan taknak cuma bila lagi aku nak dekat dengan family sebab lepas ni nak sambung belajar lagi. Tapi macam terkilan jugalah bila ada yang cakap aku memilih kerja so untuk buktikan aku bukanlah memilih kerja kalau tak dapat juga kerja sampai hujung bulan ni aku kerja kat kantin sekolah yeah!!! Seronok jugak dah lama rasa suasana sekolah hehehe... owh Isnin ni ada interview lagi harap-harap ia menjadi rezeki aku. Aminnnnn.


0 komen:
Post a Comment